Wednesday 6 May 2015

Percutian Budget ke Cameron Highland - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam ni terasa nak update pula pasal bercuti ke Cameron highland.
My favreto place. Setiap tahun memang sentiasa terasa nak pergi sini tau. Rasa damai, tenang sangat bila ada kat sini. Pemandangan cantik, cuaca pun sejuk je. Bestnya berada di sini.aisshhh Dah mula rasa nak pergi lagi la ni. Aishhh cuti - cuti malaysia lagi la jawabnya nanti. hihi

Pemandangan semasa dalam perjalanan
Masa ni bertolak awal pagi, jam 4 pagi masa ni. Mata memang la mengantuk dan kelat sikit. Almaklum la memandu jauh-jauh macam ni kan.  Tapi demi kebun teh yang menghijau tu, sanggup tau. Hihi. Masa ni kami ikut laluan Simpang Pulai. Jalan jauh sedikit tapi lebih selamat. Jalan tidak terlalu bengkang bengkok. So masa ni bertolak jam 4 pagi dan selamat sampai ke Cameron jam 11 pagi. 

Sepanjang jalan terdapat gerai - gerai orang asli menjual hasil kraftangan

Subhanallah, cantiknya ciptaanNya

Sampai - sampai sahaja kat atas ni, perkara pertama yang kami buat adalah cari tmpat makan.
 Yeayy dah sampai. walaupun dah jam 11 pagi tetapi tetap terasa sejuk tau. Angin sepoi - sepoi bertiup sampai ke tulang. Bestnya. =)
Food court di kawasan Brinchang.

Selesai sahaja makan tengahari, apalagi teruslah check in hotel kan. Tak sabar nak mandi, bersiap dan segarkan badan. Sebab masa ni dah mula rasa letih memandu dari Johor Bahru ke Cameron. Nak mandi biar segar badan. Nanti petang dah nak berjalan lagi

Jom check in hotel. =) Nak tau hotel mana? Anies pilih untuk stay di kawasan Brinchang. Suka area ni sebab berdekatan dengan Pasar malam terutamanya.  Meh anies belanja picture hotel jom. Of coz la hotel budget. Sesuai dengan budget kami. Satu malam dalam rm120 sahaja, kalau bukan peak hour rasanya lagi murah. 



Permandangan dari balkoni hotel

Anies pilih hotel Chua Gin. Dekat sangat dengan asar malam Brinchang. Kedai makan pun kawasan bawah tu je. Paling anies suka sebab ada balkoni. So boleh la diri amik angin petang or awal subuh tu di balkoni. Itu pun kalau tak sejuk la kan. hihi

Okay, makan sudah. Check in sudah. Mandi dan rehat. Anies akan update aktiviti seterusnya dalam entry seterusnya. Stay tune =)





No comments:

Post a Comment

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...