Wednesday 6 May 2015

Percutian Budget ke Cameron Highland - Part 2


Alhamdulillah lepas dah mandi, rehat dan tido sekejap. Turun bawah jalan - jalan di kawasan kedai tu. Banyak juga jual souvernier. Tapi nasihat anies, jangan terus beli. Survey - survey dulu. Korang akan jumpa lebih banyak dan murah - murah tau.

Tepat je jam 6 petang, laju je kaki ni turun ke PASAR MALAM BRINCHANG. Antara banyak - banyak tempat di Cameron ni, inilah tempat yang paling anies suka pergi. Syurga makanan. Hihi

Bila cuaca sejuk macam ni, tekak mestilah nak sesuatu yang panas kan. Di pasar malam ni ada macam - macam masakan panas.


Selalu kalau di mana - mana, cendawan goreng memang dah biasa makan kan. Tapi susah nak jumpa sayur KIMCAM goreng kan. Anies memang tak makan sayur. Semua jenis sayur tak boleh telan. Rasa tak sedap. 

First time makan kimcam ni terus berkenan. Sedap. Rasa lemak- lemak manis sikit. Memang wajib cuba siapa yang tak pernah cuba.  Then ada satu ni bentuk bebola, dibuat dari keledek dan tepung rasanya. Ada yang ada bijan, ada yang kosong. Warna purple dan oren. Kebanyakan yang jual cina, kena pandai cari. Ada yang melayu jual. 

Sedap sangat!!! Serius tak cukup satu plastik beli. Mula beli satu plastik je, ada 10 biji. Sabil jalan dah mula makan, abis satu ound. Cari lagi 2 plastik. Buat bekal masuk bilik. Hihi



Kalau rasa nak makan strawberi puas- puas, di sinilah tempatnya. Harga strawberi di sini paling murah berbanding tempat lain. Puas sangat makan. Segar. Manis. 

Anies siap beli yang bersalut coklat. Heavennya bila masuk mulut. Sedap sangat. Alhamdulillah dpat merasai pengalaman berada di sini. 

Bunga - bunga cinta pun banyak. Murah - murah dan cantik - cantik. Untuk pasangan yang baru berkahwin dan honeymoon tu mesti sweet kalau wife tu dapat sejambak dua bunga kan. Masa ni la nak hadiahkan bunga. Murah. Dah balik bandar, tak fresh dan mahal. Hihi

Sempat lagi berangan nak beli banyak - banyak dan penuhkan bonet kereta. Hihi. Tapi bukan boleh makan pun kan. So tak jadi la nak beli. Haha


Tip untuk yang mereka ke cameron ni wajib la pergi ke pasar malam brinchang.

1.  Ada hujung minggu, jumaat sampai ahad kalau tak salah.

2. Kalau rasa nak beli sourvenier, di sini paling murah. keychain rm1 pun ada tau. Comel - comel. Fridge magnet. 

3. Wajib cuba sayur kimcam goreng, bebola ubi ( tak tau nama), udang dan sotong yang segar

4. Wajib cuba murtabak daging kat stall pasar malam ni. Sedap sangat makan sejuk - sejuk ni. 

5. Beli strawberi murah2 di sini, sedulang tak sampai rm10 pun ada

6. Harga boleh tawar tau. Jangan terus beli. Biasa harga letak memang lagi mahal dari sebenarnya, so kena pandai2 tawar k

Perut dah kenyang. Shopping pun dah banyak. Next entry kita ke ladang teh pula ye. 

Stay tune untuk ke ladang teh pula ye

No comments:

Post a Comment

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...