Sunday 17 July 2016

Santai Pagi je ~ Hidup untuk travel

Tetibe terasa nak menulis pulak pagi ni. takde apa pun nak bebel. Hari ni mood nak bekerja tu rasa malas sangat. aduhai cik kiah oii malas memanjangkan.

tetibe terfikir pasal travel ni. Tak tau la kenapa suka sangat travel ni. Nak tengok budaya orang kot. Dan maybe juga sebab suka makan. Walaupun duit tu tak berapa nak mewah tapi sentiasa cari jalan untuk berjalan. Hahaha. Pengsan la kann.

Tapi seriusly anies nak cakap just enjoy je your life. Suka makan? Suka travel? Just buat je. Sebab masa tak tunggu kita. Makin lama makin berumur, makin banyak komitmen. Kerja takkan habis. So just buat je apa kita nak buat. As long as tak salah kat sisi agama dan undang - undang. Betul tak?

Cerita pasal travel, banyak lagi yang tak sempat nak update. Sampai naik berhabuk dah semua. Huhu. Insyallah ada masa nanti, anies akan update juga. Just cari mood dan idea. Coming soon insyallah trip ke Sabah untuk kali ketiga.

First pergi dulu trip bajet. Kali ni campur - campur. Budget yang tak berapa nak budget sangat. dalam RM1000 seorang. Kira okay la kot. Kalau nak yang dalam RM500-600 pun ada, pergi la bertiga or berempat. Serius akan jimat banyak.

So next trip : Sabah dan Padang Sumatera.
yang ni semua list dalam tahun 2016 ni. 

Insyallah itupun kalau takde aral melintang kan.  Harap semua berjalan dengan lancar.

Kali ni promise akan buat entry lebih tersusun. Boleh la korang jadikan reference sikit kannn. Stay Tune ye.


Thursday 14 July 2016

Percutian BUDGET KE KRABI - part 1

PERCUTIAN BUDGET KE KRABI

Anies sangat suka melancong 😍😍😍
Tapi tak selalu pun dapat pergi, last travel yang jauh sikit aritu rasanya ke Krabi.

Ada yang tanya camne nak pegi kan? Meh anies share sikit2 pengalaman k. Maybe leh buat panduan untuk yang nak pergi ke sana.

korang boleh ke sana sama ada melalui flight ataupun bas. Mana2 pun boleh. Macam anies aritu amik flight dari KL terus ke Krabi.

PILIHAN PENGINAPAN :
Sebaiknya menginap di Aonang beach, jangan di bandar Krabi
Sebab Aonang beach lebih meriah dan hidup, compare bandar Krabi. Malam je dah sunyi.

untuk yang nak hotel budget boleh cuba Aonang Smile Hotel, J will hotel atau Goodwill.

Anies menginap di Aonang smile. Selesa dan luas. Ada balkoni. Mudah kalau nak sidai baju2 basah or bersantai nak udara segar.
Harga tak mahal pun; antara rm75-150 je kalau peak season. Nak murah tempah online siap2 guna booking.com, tripadvisor, asiago. Banyak lagi website kan
Memang selesa.

Lokasi pun strategik, dekat dengan kedai makan, kedai2 yang jual tour pakej. Nak ke pantai pun jalan kaki je. Malam2 pula banyak gerai- gerai cenderamata dibuka.
So memang best.

CARA NAK KE HOTEL @ AONANG BEACH
sampai je di airport tu boleh terus ke kaunter bas atau kereta. BoLeh pilih.
Kos masa anies pergi dari airport ke aonang beach
Bas - 150 bath per person
Kereta - 600 bath untuk satu kereta

Memang takkan sesat. Nak tau lagi pasal Krabi? Esok anies akan share aktiviti menarik di sana k.

Stay tune 😍😍

I luv travel

Pilih je nak yang mana, dorang tau la nak hantar. Sampai depan hotel terus.


Wednesday 6 July 2016

Tip Percutian Bajet

Hai semua. Lama tak menuliskan. Naik berhabuk dah blog ni. Haha. Review ke Korea pun tak settle - settle lagi. insyallah akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Tak perlu jadi kaya untuk travel. Lihat tempat orang. Cukup kita jadi pengembara dan bukan pelancong"

Kalau yang bajet2 nak duduk hotel mewah memang tak dapat la nak pergi selalukan. Meh anies nak share sedikit tip untuk bajet berjalan. Setakat ni anies alhamdulillah da pusing satu Malaysia. Habis dah berjalan. Kata orang abiskan negara sendiri dulu kan.

Then dah pergi Krabi, Korea dan Indonesia juga. Semua dengan pakej bajet. Insyallah anies akan share pengalaman tu nanti.

TIP PERCUTIAN BAJET DAN MURAH

1. PENGANGKUTAN

Tentukan tempat yang kita nak pergi tu. Biasanya kalau memerlukan flight perlulah booking terlebih awal. Untuk dapatkan harga murah. Boleh click link ni ye  www.skyscanner.com untuk semak harga flight termurah.

Lagi satu rajin - rajin la buka website airasia. Memang dapat harga murah bila ada promo. Macam yang terbaru ni anies dapat tiket RM100 untuk pergi balik JB - KK. murahlah tu kannn??

Then sebelum pergi tu survey dulu. Rajin - rajin singgah blog mereka yang dah sampai ke sana. Tengok dan comparekan harga tambang pengangkutan mana yang lebih berbaloi. Kenderaan awam atau sewa. Penting tau untuk elak pening nanti. Contoh masa di Korea, anies gunakan kenderaan awam subway. Lagi mudah dan jimat
 Tapi masa di Sabah Sarawak, anies sewa kereta. 

Lagi mudah dan jimat. Amik kira jarak satu tempat ke satu tempat dan masa okay.

2. PENGINAPAN

Penginapan? JANGAN BERANGAN NAK 5 STAR HOTEL KALAU BAJET CIPUT! seyesly hotel murah pun banyak dan okay je. Nak lelapkan mata sekejap je kan.

Kalau sorang2 korang boleh pilih dorm. Lagi murah. Yang tak bestnya bilik air share dan perlu berhati - hati untuk barang. Ala sewa je hotel bajet. 
- pilih lokasi yang banyak kemudahan dan sibuk
Senang nak bergerak berbanding duduk nun terceruk.
- Sewa dan tempah lebih awal untuk harga istimewa
- baca review mereka yang pernah stay di hotel tu
- boleh juga lawati website macam tripadvisor, hotels.com, agoda untuk check rate bilik tu

3. MAKANAN
 Sila bawa makanan segera. Bawa dari rumah okay. Tapi jangan la bawa beras plak. Bawalah macam maggi, bubur segera, roti, 3 in 1, nestum, oat segera. 

Semua ni sangat membantu anda berjimat. Sebab selalunya kawasan perlancongan ni harga makanan akan jadi berganda2 tau. Contoh pernah aor mineral biasa rm1.50 di Johor Bahru, di kawasan pulau peranginan jadi rm5. Terkejutttt makcik tau.

Tapi jangan lupa sediakan la bajet khas untuk makan juga. Makan makanan yang tiada dijual di tempat kita. Cuba makanan tradisi diorang dan speciality diorang. Baru syokkk kan

4. INITIARI PROGRAM

Inipun penting. Rancang perjalanan lebih awal. List out siap - siap senarai tempat menarik dan cara pergi. Survey harga tiket masuk, kos tersembunyi. Penting sebab dapat jimatkan masa dan elak percutian jadi berterabur. 

So Tak perlulah nak bayar sewa tour guide tu kan. 
Dah dapat jimat.

Tak tau cara buat initiary? Survey je pakej perlancongan yang tour group selalu buat. Dari situ kita boleh susun dah. Encik google kan ada.

Taip je pakej percutian ke.....


4 tip je dulu untuk entry kali ni. Harap membantu ye. Daaaa ~~~

Anies Joe
Kaki Jalan
😍😍😍

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...