Tuesday 21 April 2015

Tips Positif Dan Ceria Sepanjang Hari

Assalamualaikum semua
Selamat pagi. Hari yang indah sangat hari ini. Hee. setiap hari rasa indah dan ceria tau. Nak buat apa pun seronok dan rasa gembira sahaja.

Nak tak anies share tip bagaimana kekal Ceria dan Bahagia tak setiap hari?

1. First of all, malam sebelum korang tidur tu dah kena set mind tau. Nak ceria dan bahagia pada hari esok. Cakap dengan diri sendiri sekurangnya 3 ayat positif  setiap malam sebelum tidur.
Contoh :
Esok aku akan jadi orang paling bahagia. Semua perkara dimudahkan. Esok aku nak bangun awal dan mulakan hari dengan senyuman. 

Ini tip yang anies amalkan. siap tepuk bantal lagi. pas cakap yang positif, tepuk bantal 3 kali cakap nak bangun subuh awal. pastu selawat, baca 3 Qul dan al fatihah. Pastu tidur. Lena sampai Subuh. Tetapi macam automatik tau tetap akan terjaga Subuh tu. Kalau tak caya, korang leh cuba. =)

2.  Bangun je tido pagi tu terus ucap ALHAMDULILLAH sebab Allah masih pinjamkan nyawa pada kita. Masih lagi bernafas. Terus senyum. Tengok cermin cakap pada diri sendiri. Cakap yang positif je. " Hari sangat bahagia."



3. Buat LIST TO DO.  Senaraikan apa nak buat, apa aktiviti hari ini. Follow sahaja. Dengan cara tu, kita akan jimat masa dan teratur. Takkan ada rasa kelam kabut atau terlupa nak buat apa yang kita rancang. Sebab kita dah ada susunan jadual.

4. Sarapan pagi.  Ni wajib tau. Bukan sekadar bagi tenaga tetapi sebenarnya juga menceriakan mood seharian. Sebab nak bekerja perlukan tenaga dan ceria. Macam anies, anies pilih ESP dan CINCH Shake. Ni memang hari - hari amalkan sebab anies sekarang dalam proses on diet. So dua ni protein. Bagus sangat untuk proses diet ni.

Ni amik dari encik google ye. Anies suka perisa choc n esp ;)

Okay setakat ni sahaja celoteh hari ni. Jom ceriakan hari ini. =)
Salam sayang untuk semua. =)

Saturday 18 April 2015

Keep believe in Allah

Miracle Happen when you Believe

Magic ni selalu jadi bila kita bergantung harap pada Allah. Kita rasa down n lemah tetapi jangan pernah lupa kuasa yang Maha Pemberi tu sangat besar.

Jangan lihat kemampuan kita, tapi percaya pada kemampuan Allah untuk memberi. Jangan pernah mengalah.

La haula wala quwwata illabillahilaliyil adzim

Bila rasa lemah, tak mampu, rasa nak give up dalam apa jua yang kita buat. Istigfar, tarik nafas dalam2. Ingat balik impian. Allahualbar.

Allah tak pernah tersilap untuk memberi. Dia belum beri mungkin kerana nak uji kita, nak tengok sejauh mana kita bergantung pada Dia. 

Keep on believe in Him. Put your trust. Put your effort, Allah will do the rest

Kadng senyum je bila tengok anak anak didk mngadu letih, penat, nak give up. Sayang sayang sekalian, itulah usaha kita. Pahit manis nilah yang menjadi penguat kita sebenarnya. Percaya pada Allah, Dia tau apa nak buat. Rezeki tu akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Put your trust k.

Salam hujung minggu

Anies joe
Empayar 5fwinner

Booster Momentum di Thiste Hotel

Boost Momentum di Thistle Hotel

Alhamdulillah berkesampatan join kelas santai ari ni. Jam 10 pagi di Hotel Thistle Johor Bahru. Jauh master kami ni mai. Penang mari. Kagum dengan semangat beliau, sanggup amik effort untuk datang jengok cucu cicit untuk bagi semangat. Manis je orangnya.

Anies sampai agak terlewat gak tadi. Adalah lewat dalam 10 minit. Masa sampai tu mereka dah start kelas pun. Ish rugi - rugi. Huhu. Tapi masih dapat tangkap lagi apa yang dibincangkan.

Masa ni best sangat dengar kisah beliau. Bagaimana naik step demi step. Banyak tip - tip yang beliau share kan untuk berjaya dalam shalklee ni, tinggal follow sahaja. Seronok sangst berada dalam organisasi ni. Rasa banyak sangat ilmu yang diturunkan.
Bukan senang nak jumpa beliau kan, apalagi korek abis la rahsia beliau dapatkan 5 angka ni.

My sifu ����
Selesai class ni apalagi mulalah sesi bergambar dan berselfie. Hihi

Paling pentig sekali anies nak share satu TIP ISTIMEWA dari beliau. Tip - tip ni sangat exclusive tau. Khas untuk mereka yang berada dalam empayar kami sahaja

Tapi malam ni anies nak share satu tip yang sangat best. Iaitu LAW OF ATTRACTION. LIKE ATTRACT LIKE

Apa tu? Maksudnya kita attract apa yang kita nak. Benda tu akan datang ada kita. Kena yakin.
Contoh kita nak kaya, attract KEKAYAAN tu.

Cara?
Bayangkan diri kita yang kaya, setiap malam sebelum tidur bayangkan impian tu jadi kenyataan. Kena suka orang kaya, berjiwa n bersikap sePerti orang kaya. Percayalah MAGIC tu akan muncul. sebab kita dah cipta magnet dah.

Yakinlah pada kuasa dan kemampuan ALLAH untuk memberi. Jangan dilihat kemampuan manusia yang terbatas. Tetapi lihat la KEKUASAANNYA.

Assalamualaikum dunia ;)

kun fayakun. Nak tip lagi? Jom masuk empayar kami 5FWINNER

Thursday 16 April 2015

Tadaaaa ~ Bila masuk dapur

Sambal Tumis Udang ~ Tadaa

Bismillahirrahmanirahim
Selamat pagi cinta. Semalam baru je post tentang terliur tengok resepi Udang Masak Sambal Kak Azlita.

balik kerja terus laju - laju pergi Perling Mall. Hihi. Mencari udang. Alahai udang semua comel - comel. Tak besar pun. Bolehlah buat syarat.

Selesai cari udang, terus laju laju balik. Jom start projek memasak. Anak dara jarang masuk dapur, gini la rupanya. Excited nak masak. Hihi

Follow macam dalam blog kak Azlita, guna bawang merah. Selalu memang buat guna bawang besar terus. Hari ni kita follow resepi. Lepas tu goreng udang tu dulu. Goreng sampai warna dah oren - oren, then baru angkat. Biasa masuk dalam sambal terus. Tapi hari ni cuba cara kak Azlita.

Cuma yang specialnya lepas siap goreng, anies kopek kulit udang tu. Al maklum la biar senang masa makan nanti. Terus masuk mulut. Apalagi makin kecil la udang tu jadinya.

Settle kerja tumis menumis. Finally, inilah hasilnya. Tadaaaaaaa

Sedap. Menjilat jari bila makan. Berpeluh memang wajib la. Sebab anies memang suka pedas, so anies kurangkan gula. Kalau dapat udang besar. Confirm lagi sedap. Nyumm nyumm

Itu saja celoteh pagi ini, terima kasih sebab sudi singgah. ;)

Assalamualaikum

Wednesday 15 April 2015

KRABI - SNorkLING

Wah baru nak post pengalaman bercuti di Krabi. Seyesly memang awesome. Salah satu aktiviti yang memang takkan anies lupakan adalah snorkeling. Peghhhh best sangat.

Almaklum la anies ni tak pandai berenang. So it not easy job to do okay!! Masa nak turun tu macam takut takut. Berami ke tidak ni. Rasa nak sangat turun tapi tak confident.

Tanya dengan tour guide.
"Can i try it? But I dont know how to swim."

Jawapan dia senang sahaja.
"No. If you go, then you die"

Erk zalim kannnn. Hati dah meronta ronta nak turun. Dia plak tak bagi sebab tak pandai swim. Last last turun gak. Berpaut la kat tepi bot tu. Tak gerak jauh pun. Seb bek ada lagi sorang ni, kesian agaknya. Dia bawakan g tengah.

Merasa la jugak nak tengok coral tu smua. Paling tak boleh tahan, tetiba dia ilang. Tinggalkan camtu je. Dia suh belajar swim. Hwaaa nak nangis. Kuatkan ati cuba jugak.
Berjayaaaa!!!!
Yes i did it! Walaupun tak tau berapa banyak air laut yang da masuk tekak. Haha

I love this experience. Tetap rasa nak cuba lagi this aktiviti next time

Love Krabi ������

Makanan lagi _ Sambal Udang

Lamanya dah tak menulis kan. Aishh busy sampai bersawang dah blog ni. Pasni nak kena rajin menulis semula. Sekarang ni waktu lunch hour. Malas sangat nak kuar, so apa lagi arini menggoogle la resepi makanan.

Makanan oh makanan
selera makan makin mencanak - canak sekarang. Rasa asyik nak makan je sekarang tau. So tadi singgah la blog azlitamasammanis. Wah bestnya tengok picture makanan di sana. errr craving for the foods tiba - tiba.
huhu.

Memang jarang turun dapur. Gara - gara gambar sambal udang yang awesome tu, terus rasa nak belajar memasak arini. heee

Pic dari blog http://www.azlitamasammanis.com/2014/09/sambal-tumis-udang-tips-memilih-lada.html

Memang awesome kan. Okay petang ni gak nak pergi mydin beli udang dan belajar buat sambal. Esok Anies upload pic buatan sendiri okay. Stay tune! =)

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...