Monday 28 March 2016

BACKPACKERS KE KOREA - ke KLIA

Tibalah hari yang dinantikan. 28hb Mac 2016. Anies dan cik anna akan bertolak ke Kuala Lumpur. Gigihla masing2 bawa harta karun.

Seb bek la checkim luggage amik 20kg. Bila ditimbang, beg kami 19kg okay!! Checkin je tau. Kat bahu nak pikul lain plak tau. Untuk cik anies yang kecik ni seyes memang berat. Gigihkan jela.

Flight sepatutnya jam 5.40pm tapi delay ke pukul 6.10 pm. Tabahkan je la hati tau. bila sampai KLIA2 baru la perasan sweater cik anna tertinggal kat rumah. Dah la cik anna tak tahan sejuk.

Gigih la masuk 1-1 kedai cari sweater. tak jumpa2. Penat sesangat. Ni belum merayap ke Korea lagi tau. Masing2 dah kepenatan. Setelah menelusuri 1-1 kedai, akhirnya dapat jugak. Legaaaa


Mula2 masuk filght. Sempat lagi berselfie
Subhanallah. Cantiknya ciptaanMu

Selesai je cari barang2 yang takde dan tertinggal. Terus la g makan. Kami makan di Texas Chicken. harga untuk 2 orang rm37.30. Rasa boleh la. Biasa je
Not really special

Then mula la mencari tempat melepak. Kononnya nak tido kat Level 2. Tempat yamg ada karpet tu. Dulu penah tido situ. Baru je kami buka kasut n nak melanding, datang la guard nepal halau.

"Sini tak boleh tunggu. Atas tunggu."

Aishh stress kejap. Lecehnya. Mana nak tunggu ni. Dah la anies ni memang tak lwh berdiri or duduk terlalu lama.

Akhirnya terpaksa la tido kat kerusi panjang.
( tak leh tido pun.)
Esok flight jam 8 pagi. Tak sabar dah. Kepenatan sudah.


Texas chicken ~
Muka masih ceria


Backpackers ke Korea - Persediaan

Anhayeonghosayo ~~
Haha. Betul ke ejaan aku ni. Men belasah je.

Trip bajet ke Korea akan bermula pada hari ni. Rasa macam mimpi je. Semua ni cadangan cik Anna la. Ajak ke Korea. Ingatkan main2. Rupanya jadi kenyataan.

Airasia buat promosi je terus order. Then bermula la case study kami. Siapkan initiari  program dan senarai tempat.

Nak tau senarai barangan yang di bawa untuk percutian selama 9 hari 8 malam ni? Meh anies share berdasarkan pengalaman

PAKAIAN
==========
- 4 helai tshirt lengan panjang
- 2 helai seluar panjang
- 1 helai tuala
- 1 sweater
- 5 helai shawl + tudung
- 3 pasang stoking
- 2 pasang sarung tangan
- 1 mafla
- better pakai kasut ye sebab cuaca sejuk kan
* bawa tak banyak sangat sebab amik guesthouse yang ada mesin basuh. Ikutkan boleh je kurangkan lagi sebenarnya.

MAKANAN
==========
- 8 bungkus maggi
- 3 paket bubur segera
- 8 paket Oat segera
- 5 paket nescaffe
- 5 paket milo 3 in 1
- 6 paket sup cendawan instant

Psstt makanan memang bawa banyak. Almaklum la nak jimat kos. Dengar kAta kat sana mahal2 makanannya.

KEPERLUAN PERIBADI
===================
- Toiletteries macam pencuci muka, ubat gigi, sabun ( pastikan cecair tak lebih 100 ml ye)
- ubat ubatan macam panadol, pil selsema, ubat tahan muntah
- supplement Vit C n Ostematrix ( ni memang wajib masa travel, selalu memang bawa sentiasa)

Ni la antara barang2 yang anies sediakan.

Dan akhirnya hari ini bermulalah percutian bajet ke Korea.


Antara bekalan makanan yang dibawa.
Gigihla sangat nak berbagpacker katanya


Saturday 19 March 2016

Pangkor Trip ~ satu malam di Pulau Pangkor ( part 1)

Pangkor Trip ~ satu malam di Pulau Pangkor ( part 1)

Mai kami berselfie dulu

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama gak tak menjenguk blog ni kan. Haa aRini anies nak story pasal short trip bersama bonda dan adik yang tercinta.

Memang short sangat. Korang bayangkan la jumaat malam bertolak ke pulau pangkor jam 11 malam tau. Dan ahad malam tu dah berada di johor bahru. Actually tak la malam pun, jam 3 pagi sampai do johor bahru tau.

Idea nak pergi ke pangkor ni datangnya dari bonda tercinta la. Kononnya nak cuba ikut trip berkumpulan. Harga boleh tahan murah RM220 per person. Cuma bila kira - kira semula macam kurang berbaloi pula. Nak tau kenapa?

Terus kan membaca.....

Pagi tu sampai je di Lumut terus menjamu selera.


Jemput menjamu selera

Yeayy dah sampai dah. Apapun kita jamu selera dulu. kedai pun tak banyak buka lagi masa ni. Boleh laa

pas selesai makan sarapan, terus bergerak ke terminal feri. Depan kedai makan ni je pun. Pastu naik feri dah.


Nak tau anies stay katne? Stay tunee ~ nanti anies sambung part tu ok


Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...