Monday 4 November 2013

Allah Itu Maha Pemberi.. Ya Wahab..

Assalamualaikum semua pembaca..

Apa khabar semua?? terima kasih kerana sudi singgah di laman ini.  Sekadar ingin berkongsi ilmu bersama semua. Semoga Allah menggerak jari jemari ini menulis hanya kerana DIA. Allahuakbar.

Ya Wahab.. Ya Wahab.. Ya Wahab..
Maha Pemberi.. Maha Pemberi.. Maha Pemberi..

Berapa ramaikah antara kita yang tahu makna Ya Wahab? Berapa ramaikah antara kita yang mengetahui betapa besarnya fadhilat di sebalik asmaul husna ini? Terlau banyak sebenarnya.

Namun sebelum itu, cuba kita sama - sama renungkan. Betapa banyaknya pemberian Allah kepada kita. Lihat ke dalam diri sahaja. Allah memberikan kita mata untuk melihat.. Allah memberikan kita telinga untuk mendengar. Maha Suci Allah yang Maha Penyayang. Bayangkan hidup ini jika Allah tidak memberi.. Namun berapa ramaikah yang sedar dan bersyukur?

Di saat kita rasa terlalu sukar, ke manakah kita ingin bergantung harap? Pada manusia? Pada majikan kita? Di saat perut terlalu lapar dan kita kesempitan, pada siapa harus kita mengadu? Allah.. Allahu rabbi.. Allah lah tempat kita bergantung. Kerana Dia lah yang Maha Memberi. Dia lah yang menggerakkan orang di sekeliling kita untuk membantu kita.

Khasiat zikir asmaaulhusna Ya Wahab..


AL-WAHHAB, Yang sentiasa Memberi. Allah SWT mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.

AL-WAHHAB, Yang sentiasa Memberi. Allah SWT mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.

1. Menjadi kaya dan terkenal. Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardu, insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan hart yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.


2. Permintaan di kabulkan.Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insya Allah permintaannya diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akn dimakbulkan.


3. Mencari Pekerjaan.Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendklah dia mengamalkan solat sunat, kemudia sujud dan membaca Ya Wahhab 70 kali. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka ( dari kawan-kawan, jiran atau seumpamanya)


4. Membayar Hutang.Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakan lah solat sunat Hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.



Kemudian hendaklah membaca surah Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut ( 3 kali Khamis ). Insya Allah keperluan anda akn tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5. Menjauhi Kelaparan.Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zohor, insya Allah tidak akan merasa lapar.
Tak rugi jika kita mengamalkannya.. =)





Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...