Sunday 31 December 2017

Percutian Pendek di Port Dickson

Hello semua.

Macam biasa la bila dah nak bersawang barula keknis masuk dan update semula kan. arini saje la nak share pasal trip pendek ke Port Dickson.

Memang pendek sangat. Pergi pagi Rabu, hari Khamis tengahari dah balik dah. Release stress la konon2. Pergi sorang2 pun jadi tau. Sebenarnya bila dalam hidup ni, kita rasa stuck, rasa buntu. Selain dari kembali pada Allah, kita juga perlukan titik refreshing atau kesegaran dalam hidup.

contohnya macam keknis, rasa stress dan tekanan. Keknis suka berjalan. So buat la short trip ke Port Dickson ni.

Pagi rabu bertolak terus la cari hotel budget yang ada sekitar Port Dickson, Ada banyak juga hotel dan resort di sini. Nak yang dekat dengan laut pun boleh, bandar pun boleh. Disebabkan cuti yang sangat pendek dan bajet tak berapa ada untuk cuti mengejut ni.

keknis pilih hotel Merlin Inn. Selesa juga tau. Cukup keperluan dia. Harga pun tak mahal sangat, keknis dapat rm85 satu malam. Ada shower, kopi the semua cukup. Iron board kat luar koridor. Hair dryer pun ada. TV ada astro, wifi pun ok. Seyesly not bad.

Kalau sesiapa rasa nak hotel bajet, boleh try Merlin Hotel ni. Harga berpatutan, fasiliti okay. Lokasi pun senag cari dan tengah2. Tak jauh dari bandar dan tak jauh dari pantai2 peranginan yang ada.

meh layan gambar Hotel bajet Merlin Inn ni




Thursday 19 October 2017

~ Setahun sekali je update ~~

Adumakk

lama betul tak update blog ni. Why Keknis?/ WhYY?

Teringin nak update tapi asyik busy je. Busy kerja la. Busy berjalan la. End upnya lupa. Petang ni tengah bosan kan. Jadi rajin rajin kan la jari jemari ni ketuk papan kekunci ni update blog sawang ni.

Nak cerita pasal GIVE UP DAN BIG WHY?

kenapa nak cakap soal give up dan big why? Apa kaitan? sebab keknis pun ada alami fasa tu. Yela macam2 keknis jual sebab seronok. tapi kadang ada masa ke laut gak.

Bila lama takde order, mood tu mula la down. Then keknis sedar satu benda. Down tu takkan bawa kita ke mana pun. At the end kita juga la yang tenggelam dan ke laut. So apa keknis buat adalah amik masa bertenang.

Tak lama pun. Dalam sehari dua je. Senyap jap. Rehat kan diri. Buat apa yang keknis suka. Then refresh balik. Tulis cdalam buku, atas paper. Tampal apa impian keknis. Apa big why keknis yang keknis rasa memang sebab terbesar untuk keknis bangkit.

Masa dah tulis tu. Leganya rasa. Memang  fresh sangat. Then get ready la untuk kembali beraksi.
so kalau korang pun sama, apa kata cari BIG WHY tu.

kenapa kita takleh give up?
Untuk siapa segala yang kita buat?
Itulah big why kita


Monday 13 March 2017

Blog Bersawang ~~

Krikk krikk.

ke konon je la nak update percutian ke Korea la, Hatyai la, Padang la. At the end intro je yang aku update kan. Lain semua tertangguh. Pengsann laaa.

Doakan ahkak diberikan kerajinan untuk menghupdate blog yang bersawang ni k. Kalau ikut list perancangan, ahkak nak update

1.Trip Ke Korea
2. Trip Ke Padang
3. Trip ke Hatyai

Dan coming soon ni nak update trip ke Jogjakarta. Aishhh. Tunggu yerrr. Seyes nak update, cuma tu la kekangan masa kan.

Yang Ikhlas
Kakak kaki Jalan

Friday 27 January 2017

Percutian Pendek ke Hatyai -part1

Assalamualaikum semua.

Lama dah AJ tak update blog ni kan. Naik bersawang dah. Almaklum la agak busy dengan kerja dan shaklee.

Tahun ni banyak tempat wishlist nak pergi. Salah satunya adalah HATYAI.

Dan sekarang AJ dalam perjalanan ke Hatyai. Trip pembukaan untuk tahun 2017 ni. Selalu pegi stail backpackers kan, tapi kali ni AJ pergi ikut trip berkumpulan. Saja la nak cuba kan.

Trip kali ni kena berkumpul di ERL KL SENTRAL. So bergerak la AJ dari JB ke kL. Memandangkan dah lama sangat tak ke KL dengan bas, sampai lupa nak turun mana dan ke mana.

Bas dari JB jam 1 petang sampai ke TBS dalam kul 7 lebih. Pengsan. Then sampai ke KL sentral dalam jam 9.

Terus g makan MCD dan berkumpul. Tepat jam 10 berkumpul dan terus naik bas. Bas bergerak jam 10.25 malam.

Tak sabar untuk tunggu next day. Harap semua berjalan lancar dan seronok.


Okay sayonara. Sekarang dah sampai R& R Gurun. Nanti AJ sambung lagi ye


Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...