Thursday 24 May 2018

Tekanan

Pagi semua.

Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja kat sini.

Chooii tak sabarnya nak berhenti. Target tu tak sampai lagi untuk membolehkan keknis ni berhenti kerja. Allahuakbar kena kerja keras lagi ni. Korang tolong la doakan moga impian dan target keknis tercapai ye. Nak sangat bergelar WAHM.

Bila sebut soal tekanan, korang selalunya buat apa ek? Jawapan sesuai of coz la mengingati Allah kan. Tu memang tak dinafikan tapi mesti ada benda lain korang buat jugak kan? Cer citer korang buat apa?

Kalau keknis suka makan, travel, tidur dan bebel puas2. Macam keknis tengah bebel kat korang la ni. Lagi satu keknis akan jadikan tekanan ni sebagai kekuatan untuk keknis ubah benda tu. Contoh la sekarang memang tengah stress sangat sebab kerja kan. Keknis akan pastkan kerja keknis tu jadi lebih baik dari yang sepatutnya. Untuk buktikan keknis mampu.

Keknis tak berjaya capai target?
Keknis akan usaha lebih sikit sampai target tu tercapai. Insyallah. By the way, hwaaaaa keknis is stress. HAHA

Monday 19 March 2018

Erti Syukur

Assalamualaikum.

Hai korang semua. Naik bersawang dah blog keknis ni. Busy sesangat la kononnya. 

Terasa nak post soal syukur. Sebab Keknis rasa bersyukur sangat dengan life yang ada.
adatlah hidup ni kadang - kadang penuh dengan ujian. Tapi belajar menerima dan syukur dengan apa yang Allah kurniakan.



Allah SWT telah menyeru
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim: 7)
Selalu keknis ingatkan diri ni belajar untuk melihat orang yag lebih hebat dari kita supaya kita belajar untuk jadi lebih baik. Usaha perbaiki diri supaya dapat capai macam mereka atau jadi lebih baik dari mereka. Dan sentiasa lihat orang lebih bawah dan susah untuk ajar diri ni lebih bersyukur dan bantu mereka.
Bila terasa susah, keknis akan cakap kat diri sendiri. Ada orang jauh lebih susah. Bila terasa kerja tu berat dan penat, pesan kat diri 
"Hai diri, bersyukurlah. Sekurangnya kau masih ada kerja. Masih ada rezeki. Berapa ramai orang kat luar sana menganggur cari rezeki tak dapat - dapat. Belajar bersyukur" 
Secara automatiknya rasa nak mengeluh tu akan berkurangan. Nikmat mana lagi nak didustakan. Sentiasa muhasabah diri. Tak terkira nikmat Allah bagi, kaki tangan, makan minum, kesihatan, keluarga. Semua tu nikmat. Kita je perlu belajar bersyukur dan menghargai apa yang ada. 
Sekian, muhasabah untuk diri sendiri. Semoga satu hari nanti bila keknis sendiri terasa down, keknis sendiri akan baca post ni sebagai ingatan untuk diri sendiri. 

Tuesday 16 January 2018

Sinar di tahun 2018

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedar tak sedar eh dah masuk tahun 2018 laa. Semoga tahun ni beri lebih banyak perubahan dan dapat capai impian. Banyak benda yang anies impikan untuk tahun ni.

Dari IBADAH :
- Moga lebih dekat dengan Allah. Belajar menerima qada dan qadar Allah dengan redha. Nak tingkatkan lagi amalan amalan suapaya sedar diri umur ni makin berkurang.

Dari segi KERJAYA
- Nak jaga tahap performance kerja supaya lebih cekap dan pantas. Jaga kedatangan. ( yang ni memang payah sikit sebab anies ni kaki cuti.. haha)

Dari segi KEWANGAN :
- target nak ada simpanan 50k hujung tahun 2018
- mampu jana pendapatan 5 angka dengan shaklee menjelang Dec 2018
- bebas dari segala amanah ( hutang piutang)

Dari segi keluarga :
- Nak adakan masa lebih banyak dengan keluarga
- Mampu beri yang terbaik untuk keluarga

Dari segi TRAVEL :
Tahun ni target nak pergi
- Umrah
- Bangkok
- Medan
- Jeju
- Lombok
- Phuket
- Jepun

errr banyaknya bucket list. Tengok la mana satu yang tercapai kann. yang pastinya lagi 2 minggu anies nak g Medan. Can't wait for that!!

Sunday 31 December 2017

Percutian Pendek di Port Dickson

Hello semua.

Macam biasa la bila dah nak bersawang barula keknis masuk dan update semula kan. arini saje la nak share pasal trip pendek ke Port Dickson.

Memang pendek sangat. Pergi pagi Rabu, hari Khamis tengahari dah balik dah. Release stress la konon2. Pergi sorang2 pun jadi tau. Sebenarnya bila dalam hidup ni, kita rasa stuck, rasa buntu. Selain dari kembali pada Allah, kita juga perlukan titik refreshing atau kesegaran dalam hidup.

contohnya macam keknis, rasa stress dan tekanan. Keknis suka berjalan. So buat la short trip ke Port Dickson ni.

Pagi rabu bertolak terus la cari hotel budget yang ada sekitar Port Dickson, Ada banyak juga hotel dan resort di sini. Nak yang dekat dengan laut pun boleh, bandar pun boleh. Disebabkan cuti yang sangat pendek dan bajet tak berapa ada untuk cuti mengejut ni.

keknis pilih hotel Merlin Inn. Selesa juga tau. Cukup keperluan dia. Harga pun tak mahal sangat, keknis dapat rm85 satu malam. Ada shower, kopi the semua cukup. Iron board kat luar koridor. Hair dryer pun ada. TV ada astro, wifi pun ok. Seyesly not bad.

Kalau sesiapa rasa nak hotel bajet, boleh try Merlin Hotel ni. Harga berpatutan, fasiliti okay. Lokasi pun senag cari dan tengah2. Tak jauh dari bandar dan tak jauh dari pantai2 peranginan yang ada.

meh layan gambar Hotel bajet Merlin Inn ni




Thursday 19 October 2017

~ Setahun sekali je update ~~

Adumakk

lama betul tak update blog ni. Why Keknis?/ WhYY?

Teringin nak update tapi asyik busy je. Busy kerja la. Busy berjalan la. End upnya lupa. Petang ni tengah bosan kan. Jadi rajin rajin kan la jari jemari ni ketuk papan kekunci ni update blog sawang ni.

Nak cerita pasal GIVE UP DAN BIG WHY?

kenapa nak cakap soal give up dan big why? Apa kaitan? sebab keknis pun ada alami fasa tu. Yela macam2 keknis jual sebab seronok. tapi kadang ada masa ke laut gak.

Bila lama takde order, mood tu mula la down. Then keknis sedar satu benda. Down tu takkan bawa kita ke mana pun. At the end kita juga la yang tenggelam dan ke laut. So apa keknis buat adalah amik masa bertenang.

Tak lama pun. Dalam sehari dua je. Senyap jap. Rehat kan diri. Buat apa yang keknis suka. Then refresh balik. Tulis cdalam buku, atas paper. Tampal apa impian keknis. Apa big why keknis yang keknis rasa memang sebab terbesar untuk keknis bangkit.

Masa dah tulis tu. Leganya rasa. Memang  fresh sangat. Then get ready la untuk kembali beraksi.
so kalau korang pun sama, apa kata cari BIG WHY tu.

kenapa kita takleh give up?
Untuk siapa segala yang kita buat?
Itulah big why kita


Monday 13 March 2017

Blog Bersawang ~~

Krikk krikk.

ke konon je la nak update percutian ke Korea la, Hatyai la, Padang la. At the end intro je yang aku update kan. Lain semua tertangguh. Pengsann laaa.

Doakan ahkak diberikan kerajinan untuk menghupdate blog yang bersawang ni k. Kalau ikut list perancangan, ahkak nak update

1.Trip Ke Korea
2. Trip Ke Padang
3. Trip ke Hatyai

Dan coming soon ni nak update trip ke Jogjakarta. Aishhh. Tunggu yerrr. Seyes nak update, cuma tu la kekangan masa kan.

Yang Ikhlas
Kakak kaki Jalan

Friday 27 January 2017

Percutian Pendek ke Hatyai -part1

Assalamualaikum semua.

Lama dah AJ tak update blog ni kan. Naik bersawang dah. Almaklum la agak busy dengan kerja dan shaklee.

Tahun ni banyak tempat wishlist nak pergi. Salah satunya adalah HATYAI.

Dan sekarang AJ dalam perjalanan ke Hatyai. Trip pembukaan untuk tahun 2017 ni. Selalu pegi stail backpackers kan, tapi kali ni AJ pergi ikut trip berkumpulan. Saja la nak cuba kan.

Trip kali ni kena berkumpul di ERL KL SENTRAL. So bergerak la AJ dari JB ke kL. Memandangkan dah lama sangat tak ke KL dengan bas, sampai lupa nak turun mana dan ke mana.

Bas dari JB jam 1 petang sampai ke TBS dalam kul 7 lebih. Pengsan. Then sampai ke KL sentral dalam jam 9.

Terus g makan MCD dan berkumpul. Tepat jam 10 berkumpul dan terus naik bas. Bas bergerak jam 10.25 malam.

Tak sabar untuk tunggu next day. Harap semua berjalan lancar dan seronok.


Okay sayonara. Sekarang dah sampai R& R Gurun. Nanti AJ sambung lagi ye


Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...