Sunday 31 December 2017

Percutian Pendek di Port Dickson

Hello semua.

Macam biasa la bila dah nak bersawang barula keknis masuk dan update semula kan. arini saje la nak share pasal trip pendek ke Port Dickson.

Memang pendek sangat. Pergi pagi Rabu, hari Khamis tengahari dah balik dah. Release stress la konon2. Pergi sorang2 pun jadi tau. Sebenarnya bila dalam hidup ni, kita rasa stuck, rasa buntu. Selain dari kembali pada Allah, kita juga perlukan titik refreshing atau kesegaran dalam hidup.

contohnya macam keknis, rasa stress dan tekanan. Keknis suka berjalan. So buat la short trip ke Port Dickson ni.

Pagi rabu bertolak terus la cari hotel budget yang ada sekitar Port Dickson, Ada banyak juga hotel dan resort di sini. Nak yang dekat dengan laut pun boleh, bandar pun boleh. Disebabkan cuti yang sangat pendek dan bajet tak berapa ada untuk cuti mengejut ni.

keknis pilih hotel Merlin Inn. Selesa juga tau. Cukup keperluan dia. Harga pun tak mahal sangat, keknis dapat rm85 satu malam. Ada shower, kopi the semua cukup. Iron board kat luar koridor. Hair dryer pun ada. TV ada astro, wifi pun ok. Seyesly not bad.

Kalau sesiapa rasa nak hotel bajet, boleh try Merlin Hotel ni. Harga berpatutan, fasiliti okay. Lokasi pun senag cari dan tengah2. Tak jauh dari bandar dan tak jauh dari pantai2 peranginan yang ada.

meh layan gambar Hotel bajet Merlin Inn ni




Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...