Thursday 18 February 2016

CENDAWAN KUKUR MELETUPP!

Pernah dengar tak CENDAWAN KUKUR atau nama lain KULAT SISIR? Ada juga yang panggil cendawan pokok getah.

Cendawan Kukur ini tumbuh dibanyak jenis batang kayu yang dalam proses pereputan.
Cendawan ini berbentuk kulit kerang dimana ia mempunyai pangkal (batang) yang melekat pada batang kayu dengan kuat.

Warna cendawan kukur adalah kelabu coklat keputihan bergantung kepada jenis kayu dan keadaan habitat kelilingnya. Saiz cendawan kukur diantara 1 - 4 cm dan tumbuh beberapa hari sebelum ianya akan menjadi kering dan mati jika dibiarkan diatas batang kayu.

Cendawan kukur mempunyai aroma yang khusus dan enak kepada mereka yang suka akan baunya.

Banyak laporan ada menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.


Inilah rupa cendawan ni bila dikeringkan. Kalau cendawan yang fresh dipetik dan terus dimasak. Lagi la sedap. Tapi kalau banyak, boleh dikeringkan dan disimpan. Tahan lebih lama. Bila nak makan, barulah rendam.


Sebelum ni anies pun tak makan cendawan ni. Tak Pandai. Tapi bila dah cuba, terus jadi fevret plakk. Sedap sangat. Boleh jadi berpinggan nasi tau. Meh anies nak share resepi mudah untuk masak cendawan ni.


RESEPI KULAT SISIR GORENG TELUR

Bahan - bahan :

Semangkuk kulat sisir
Sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
4-6 batang cili padi ( bergantung tahap pedas yang korang suka)
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
Garam n gula

Cara - caranya :

1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. pastikan betul - betul kalau nak sedap

2. Tumis bahan tumbuk ini dalam sedikit minyak (2-3 sudu minyak masak). Tunggu sehingga naik bau dan warna kekuning- kuningan.

3. Masukkan kulat sisir sedikit demi sedikit ( pastikan kulat sisir telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya)


5. Tumis sehingga naik bau dan kulat nampak lembut. Masukkan gula dan garam.


6. Setelah hampir masak, ketepikan kulat. Pecahkan 2 biji telur ditengah kuali. Kacau sebati hingga telur masak.


Taraaaaa ~ dah siap. Simple sangat dan mudah. Tapi hasilnya buat korang rasa nak makan sampai 2-3 pinggan nasi tau. Sedap sangat

Memang mabeleessss! 😉😉😉 you should try this simple menu.

Nyuummm nyuummmm


Sunday 14 February 2016

SAAT DIKECEWAKAN

Siapa dalam hidup tak pernah rasa kecewa kan. Pasti akan rasa perasaan tu. Sakit sangat. Pedih sangat. Lagi - lagi apabila apa yang kita idamkan, yang kita nak sangat tak dapat. Rasa macam dunia dah kiamat. Rasa macam langit dah runtuh.

Pernah tak alami rasa tu? Pernah tak air mata tu mengalir gara - gara kecewa?
Come on! Itulah hidup. Semua orang akan rasa.

Kenapa ia jadi? Apa hikmahnya rasa sakit tu? Kenapa tak semua yang kita nak, kita terus dapat? Allah tak sayang kita ke? Takdir tu zalim ke?

Allahuakbar. Kalau pernah terfikir macam tu, istigfar banyak - banyak. Duhai hati - hati yang kecewa, sesungguh Allah tak pernah menzalimi hambaNya

Pasti akan ada hikmah. Mungkin cinta kita pada si dia lebih dari cinta kita kepada yang menciptakan si dia. Kita lalai. Kita alpa. Kita mencintai pasangan lebih dari kita cintakan Allah. Jadi Allah uji kita. Untuk buat kita kembali.

Mungkin si dia bukan yang terbaik. Si dia buat kita makin jauh dari Allah, dari keluarga. Bawa kita jauh dari syurgaNya. Allah sayang kita lebih lagi,Dia taknak kita hanyut. Jadi Allah jauhkan dia dari kita.

Mungkin juga Allah nak didik kita supaya belajar makna syukur, redha dan cekal. Supaya hati ni tak pernah goyah setiap kali diuji. Supaya jiwa ini makin kental saat dugaan makin membesar.

Allahuakbar. Perancangan Allah itu lebih indah. Percaya janjiNya. Dia takkan menzalimi hambaNya.

AJ - 15.02.2016


Kisah santai semalam ~ mersing

Short vacay with my lovely family. Mula tu tak tau masing- masing nak ke mana. Anies patutnya kerja, adik yang bongsu pun sama.. cuti dah tak sama. Payah nak berjalan kan. Akhirnya kedua2nya amik cuti gak.  So sama- sama la kita berjalan ye.


Pagi tu mak tanya nak pergi mana? Semua jawab tak tau. Akhirnya di sini lah kami semua. MERSING.
Plan nak mandi laut. Tapi laut bergelora. Air pun tak jernih. Nampak kotor. Tak jadi la mandi laut. Kita jalan - jalan je la ye.

Mula tu bergerak ke pantai penyabong, masuk ke pantai pasir lanun, air papan dan last sekali baru singgah beli keropok lekor.

Jom layan gambar - gambar di sana


Sakan adik ku yang berdua ni. Selfie memanjang dari perjalanan pergi sampai la ke balik. Tak sudah selfienya. Haha


Sweet tak emak dan ayah? Hee
Ceria muka masing - masing dapat berjalan kan

Ni masa kat pantai penyabong. Angin kuat sangat. Memang best sampai handphone pun rasa nak terbang. Ombak jangan cakap la.
Seronok tu seronok jugak. Tapi dalam hati boleh tahan la kecut.


Ni plak masa kat pantai pasir lanun. Chalet semua penuh. Ramainya orang bercamping kat sini.

Bau ayam bakar semerbak. Aishh rasa cam nak join sekali je. Ada jugak yang mandi pantai walaupun laut bergelora macam ni.

Kawasan sini macam okay la. Ada chalet. Ada kemudahan toilet pun. Untuk mandi RM1 ye. Tandas 50 sen. Takde yang free tau.
Cuma yang tak bestnya masa anies pergi ni, untuk mandi xde air. Cuma untuk tandas je yang ada. Kesian la sesape yang nak bilas badan tu kan.

Akak yang jaga tu kata kalau nak mandi tunggu lagi sejam baru ada air. Dia nak tadah tangki dulu kot. Agaknya laa. ;p

Puas pusing - pusing kat sini kita sambung pantai seterusnya. Next entry yeee


Monday 8 February 2016

Formula menjemput rezeki

Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..

Wallaahua'lam..

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...