Sunday 19 July 2015

Resepi Telur Separuh Masak

Amboi tajuk arini. Sadiskan. Telur rebus je kot. Takkan la tak tau. Mesti ada yang fikir macam tu kan. Haha. By the way jujur ni nak mengaku ni, selama ni memang tak pandai nak agak tau masa untuk rebus telur tu yang cantik- cantik masak dia. Kadang tu terkeras sangat, kadang tu pulak langsung tak masak. Sikit je yang masak. Sampai naik give up. Tapi mulai arini, anies dah pandai dahhh. Tau dah rahsia die. Hihi

Arini raya ketiga, kebosanan berada di rumah. Langsung tak beraya mana - mana dek kerana demam. Pastu tekak pulak teringin nak makan telur separuh masak. Haaa nila hasilnya 




Sedap tau. Anies memang suka yang keras sikit macam ni. Letak kicap sikit. Peghhh memang terangkat tau. Walaupun cuma telur tambah kicap. Hihi


Meh nak ajar cara masak telur ni supaya menjadi macam ni. Senang je rupanya. Dulu tak tau memang rasa susah nak agak, bila dah tau ala kacang je rupanya. Hihi

Resepi telur separuh masak yang cantik masaknya :p
1. Panaskan air dalam periuk, paras air paling kurang pun harus 3 suku rendam telur tu
2. Bila air dah mendidih, matikan api dapur.
3. Masukkan telur dan tutup dengan penutup periuk. ( pastikan basuh telur tu dulu tau) masuk hati - hati ye. Telur mudah pecah dalam air panas.
4. Set jam berapa minit yang perlu. Kalau nak masak macam anies ni lebih kurang 7 minit, keluarkan dan terus basuh dengan air paip supaya cepat sejuk dan mudah nak dikeluarkan.
5. Siap untuk dimakan. Tadaaaa

Kiraan masa :
2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
6-7 minit putih n kuning mula kenyal
8-10 minit telur dah mula masak
Lebih 10 minit dah kerass

Tapi bergantung juga pada kuantiti air dan telur yang direbus pada satu masa ye.
Selamat mencuba semua

Luv my life
Anies joe

Saturday 18 July 2015

MEMBERI WALAU SEDIKIT

Ada orang rasa sayang untuk memberi. Takut apa yang dimiliki itu habis dan berkurangan.
Kadang kala berfikir, eh aku sendiri pun tak cukup. Macam mana nak memberi?

ITU ADALAH KESILAPAN BESAR.  Memberi sebenarnya tidak perlu banyak. Sedikit pun tak mengapa. Dan memberi tak semestinya duit semata. Boleh juga memberi yang kecil2, seperti makanan, ilmu, apa saja yang kita miliki. Jadikan ianya amalan berterusan.

Memberi ini sebenarnya adalah kunci rezeki tau. Sangat membantu dalam kehidupan harian.

Antara perkara paling anies suka amalkan, bila rasa tengah terdesak n kekurangan, ambil sedikit dari duit yang tinggal tu dermakan.  Subhanallah, kuasa Allah yang MAHA PEMURAH. rezeki dan bantuan Allah akan datang. Samaada order masuk bertalu- talu atau ada sahaja bantuan- bantuan lain yang mempermudahkan urusan.

Alhamdulillah.

Anies joe
Empayar 5fwinner

Friday 17 July 2015

Selfie di pagi raya 😍😍


 

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah selamat menjalani ibadah puasa tahun ni. Sekejap je dah raya kan. Malam ni terasa nak menulis sedikit. Lama sangat dah tak menulis kan. 😍😍😍

Tahun ni raya paling simple. Tiada baju raya, tudung raya mahupun kasut raya. Semuanya guna semula tahun- tahun lepas punya. Memang takde semangat langsung nak shopping dan beraya. Berjimat cermat.


Gelagat di pagi raya. Welfie bersama adik - adik. Semua dah berbaju raya. Malam sebelumnya dah bersilat di dapur. Masal takdelah banyak mana tapi disebabkan jarang masuk dapur. Berpeluh la juga kan. Hihi. Meh nak belanja picture pagi raya dulu. 

 Nilah adik no 2. Kembar lain tahun. Sama tak kami? 😛😛😛

Ini pula wajah hero kesayangan ku. Ayah tersayang. Sangat tegas tapi seorang yang sangat penyayang. Tahun ni warna tema baju raya tak sama. Tapi ada la iras iras tu kira boleh la kan. 

Sempat lagi selfie kan. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin. 

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...