Thursday 18 February 2016

CENDAWAN KUKUR MELETUPP!

Pernah dengar tak CENDAWAN KUKUR atau nama lain KULAT SISIR? Ada juga yang panggil cendawan pokok getah.

Cendawan Kukur ini tumbuh dibanyak jenis batang kayu yang dalam proses pereputan.
Cendawan ini berbentuk kulit kerang dimana ia mempunyai pangkal (batang) yang melekat pada batang kayu dengan kuat.

Warna cendawan kukur adalah kelabu coklat keputihan bergantung kepada jenis kayu dan keadaan habitat kelilingnya. Saiz cendawan kukur diantara 1 - 4 cm dan tumbuh beberapa hari sebelum ianya akan menjadi kering dan mati jika dibiarkan diatas batang kayu.

Cendawan kukur mempunyai aroma yang khusus dan enak kepada mereka yang suka akan baunya.

Banyak laporan ada menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.


Inilah rupa cendawan ni bila dikeringkan. Kalau cendawan yang fresh dipetik dan terus dimasak. Lagi la sedap. Tapi kalau banyak, boleh dikeringkan dan disimpan. Tahan lebih lama. Bila nak makan, barulah rendam.


Sebelum ni anies pun tak makan cendawan ni. Tak Pandai. Tapi bila dah cuba, terus jadi fevret plakk. Sedap sangat. Boleh jadi berpinggan nasi tau. Meh anies nak share resepi mudah untuk masak cendawan ni.


RESEPI KULAT SISIR GORENG TELUR

Bahan - bahan :

Semangkuk kulat sisir
Sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
4-6 batang cili padi ( bergantung tahap pedas yang korang suka)
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
Garam n gula

Cara - caranya :

1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. pastikan betul - betul kalau nak sedap

2. Tumis bahan tumbuk ini dalam sedikit minyak (2-3 sudu minyak masak). Tunggu sehingga naik bau dan warna kekuning- kuningan.

3. Masukkan kulat sisir sedikit demi sedikit ( pastikan kulat sisir telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya)


5. Tumis sehingga naik bau dan kulat nampak lembut. Masukkan gula dan garam.


6. Setelah hampir masak, ketepikan kulat. Pecahkan 2 biji telur ditengah kuali. Kacau sebati hingga telur masak.


Taraaaaa ~ dah siap. Simple sangat dan mudah. Tapi hasilnya buat korang rasa nak makan sampai 2-3 pinggan nasi tau. Sedap sangat

Memang mabeleessss! 😉😉😉 you should try this simple menu.

Nyuummm nyuummmm


No comments:

Post a Comment

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...