Friday 4 November 2016

Trip bajet ke Sabah Selama 4 hari 3 malam

TIP TRIP BAJET KE SABAH SELAMA 4 HARI 3 MALAM
~~~~~~~~~~~~~~~

dulu2 selalu rasa macam jauh dan mahal je kalau nak pergi Sabah. Tapi rupanya bila da mula pandai bergerak secara ringkas dan backpacker, murah je. RM1000 pun

Jom anies share initerari trip ke Sabah secara ringkas dan tempat2 menarik di Sabah

1st day
*********
 ( suka ambil flight awal pagi dalam jam 7.25 pagi , so akan sampai sebelum jam 10 pagi - banyak masa untuk berjalan)

Terus berjalan sekitar Bandar Kota Kinabalu
1) Pantai tanjung Aru ( Free )
2) Signal Hill (Free)
3) Atkitson Clock (free)
4) Aquarium & Marine Museum (Rm10)
5. SIGNAL hill observatory (Free)

Then check in Hotel Bajet ( J& J hotel (RM70-85), Iskandar Sinsuran (RM65)  @ Seri Borneo(Rm90) )


Petang berjalan di Dataran Todak, Pasar malam sinsuran @ pasar malam Kampung Air

2nd day
**********
Bergerak ke Jesselton Point. Boleh ambil pakej ke Pulau - pulau yang super duper cantik kat Sabah.

Antaranya Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, pulau Gaya

Pergi je ke kaunter2 yang banyak di sana, ramai cadangkan kaunter No 10.

Untuk harga pakej di  Island Hop Express (Kaunter 10),
Dewasa: RM23 (1 Pulau), RM33 (2 Pulau), RM43 (3 Pulau), RM53 (4 Pulau).

Kanak-kanak: RM18 (1 Pulau), RM23 (2 Pulau), RM28 (3 Pulau), RM33 (4 Pulau)

Pilih je nak pergi berapa pulau yang berkenan

Bayaran terminal perlu bayar RM7.63 untuk dewasa dan entrance fee RM3 untuk orang malaysia dewasa

Sewa set snorkeling RM15

Total untuk 3 pulau : RM68.63

Bot start jam 8.30 pagi dan bot terakhir jam 5 petang. Selesai bersnorkeling dan jalan2, boleh balik bilil dan berehat.

Malam kalau rajin bolehla ke Perdana Park tanjung Aru ( tengok sunset dan air pancut berirama)

3rd day
********
Bergerak ke Kundasang. Ada banyak juga tempat menarik di sini. Lebih kurang 2 jam perjalanan ke sini.

Antara tempat menarik
1. Dairy farm ( ala2 New Zealand Malaysia) (Rm5 seorang)
2. Kundasang War Memorial (RM2)
3. Ladang Teh Sabah (Free)
4. Taman Negara Kinabalu
5. Kolam Air Panas Poring ( RM3)
6. Tagal Luanti (RM5 untuk rendam kaki, RM10 untuk mandi)

Di sini banyak homestay, lodge atau hotel bajet dan murah. Anies cadangkan ambil NABALU KUNDASANG LODGE ( murah dan sangat selesa)

4th day ( hari terakhir - ambil flight petang atau malam )
Sambung melawat tempat yang belum sempat pergi untuk hari ketiga dan bergerak ke Airport. Dan balik ke Johor Bahru

===================================


BAJET SECARA KASAR untuk 2 orang. Kalau lebih ramai, murah lagi

Tiket flight ( tempah awal n masa promo dapat murah ) : rm110 pergi balik x 2 orang : rm220

Hotel Seri Borneo - RM90 x 2 day : RM180
nabalu lodge - RM120

Kereta sewa ( viva ) : RM80 X 3 day: RM240
Minyak : RM60

Tiket tempat lawatan ( semua yang di atas) : Rm95.63 X 2 : RM191.26

TOTAL : RM1012 untuk  2 orang
👇👇👇👇👇👇
 RM506 seorang

Cuma tak termasuk makan. Untuk makan dan minum standby la dalam RM200-400 untuk makan yang sedap2 dan cenderamata.

TIPS DI SABAH :

1. Penginapan - ambil di kawasan yang mudah bergerak kawasan berhampiran seperti sekitar bandar KK, pekan kundasang

2. Kereta sewa - pastikan keadaan kereta elok semasa terima kereta. Semak keliling kereta pastikan semua okay sebab jalan ke Kundasang agak mencabar.

3. Wajib makan malam berdekatan dengan Datatan Todak. Makanan laut yang sangat Fresh dan Sedap. Harga sangat berpatutan.

4. Cenderamata - Beli di Pasar malam sinsuran, harga jauh lebih murah berbanding Pasar Philiphine. Tawar harga yang diletakkan. Kalau bernasib baik, dapat harga sangat murah.

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...