Tuesday 21 April 2015

Tips Positif Dan Ceria Sepanjang Hari

Assalamualaikum semua
Selamat pagi. Hari yang indah sangat hari ini. Hee. setiap hari rasa indah dan ceria tau. Nak buat apa pun seronok dan rasa gembira sahaja.

Nak tak anies share tip bagaimana kekal Ceria dan Bahagia tak setiap hari?

1. First of all, malam sebelum korang tidur tu dah kena set mind tau. Nak ceria dan bahagia pada hari esok. Cakap dengan diri sendiri sekurangnya 3 ayat positif  setiap malam sebelum tidur.
Contoh :
Esok aku akan jadi orang paling bahagia. Semua perkara dimudahkan. Esok aku nak bangun awal dan mulakan hari dengan senyuman. 

Ini tip yang anies amalkan. siap tepuk bantal lagi. pas cakap yang positif, tepuk bantal 3 kali cakap nak bangun subuh awal. pastu selawat, baca 3 Qul dan al fatihah. Pastu tidur. Lena sampai Subuh. Tetapi macam automatik tau tetap akan terjaga Subuh tu. Kalau tak caya, korang leh cuba. =)

2.  Bangun je tido pagi tu terus ucap ALHAMDULILLAH sebab Allah masih pinjamkan nyawa pada kita. Masih lagi bernafas. Terus senyum. Tengok cermin cakap pada diri sendiri. Cakap yang positif je. " Hari sangat bahagia."



3. Buat LIST TO DO.  Senaraikan apa nak buat, apa aktiviti hari ini. Follow sahaja. Dengan cara tu, kita akan jimat masa dan teratur. Takkan ada rasa kelam kabut atau terlupa nak buat apa yang kita rancang. Sebab kita dah ada susunan jadual.

4. Sarapan pagi.  Ni wajib tau. Bukan sekadar bagi tenaga tetapi sebenarnya juga menceriakan mood seharian. Sebab nak bekerja perlukan tenaga dan ceria. Macam anies, anies pilih ESP dan CINCH Shake. Ni memang hari - hari amalkan sebab anies sekarang dalam proses on diet. So dua ni protein. Bagus sangat untuk proses diet ni.

Ni amik dari encik google ye. Anies suka perisa choc n esp ;)

Okay setakat ni sahaja celoteh hari ni. Jom ceriakan hari ini. =)
Salam sayang untuk semua. =)

No comments:

Post a Comment

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...