Wednesday 6 July 2016

Tip Percutian Bajet

Hai semua. Lama tak menuliskan. Naik berhabuk dah blog ni. Haha. Review ke Korea pun tak settle - settle lagi. insyallah akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Tak perlu jadi kaya untuk travel. Lihat tempat orang. Cukup kita jadi pengembara dan bukan pelancong"

Kalau yang bajet2 nak duduk hotel mewah memang tak dapat la nak pergi selalukan. Meh anies nak share sedikit tip untuk bajet berjalan. Setakat ni anies alhamdulillah da pusing satu Malaysia. Habis dah berjalan. Kata orang abiskan negara sendiri dulu kan.

Then dah pergi Krabi, Korea dan Indonesia juga. Semua dengan pakej bajet. Insyallah anies akan share pengalaman tu nanti.

TIP PERCUTIAN BAJET DAN MURAH

1. PENGANGKUTAN

Tentukan tempat yang kita nak pergi tu. Biasanya kalau memerlukan flight perlulah booking terlebih awal. Untuk dapatkan harga murah. Boleh click link ni ye  www.skyscanner.com untuk semak harga flight termurah.

Lagi satu rajin - rajin la buka website airasia. Memang dapat harga murah bila ada promo. Macam yang terbaru ni anies dapat tiket RM100 untuk pergi balik JB - KK. murahlah tu kannn??

Then sebelum pergi tu survey dulu. Rajin - rajin singgah blog mereka yang dah sampai ke sana. Tengok dan comparekan harga tambang pengangkutan mana yang lebih berbaloi. Kenderaan awam atau sewa. Penting tau untuk elak pening nanti. Contoh masa di Korea, anies gunakan kenderaan awam subway. Lagi mudah dan jimat
 Tapi masa di Sabah Sarawak, anies sewa kereta. 

Lagi mudah dan jimat. Amik kira jarak satu tempat ke satu tempat dan masa okay.

2. PENGINAPAN

Penginapan? JANGAN BERANGAN NAK 5 STAR HOTEL KALAU BAJET CIPUT! seyesly hotel murah pun banyak dan okay je. Nak lelapkan mata sekejap je kan.

Kalau sorang2 korang boleh pilih dorm. Lagi murah. Yang tak bestnya bilik air share dan perlu berhati - hati untuk barang. Ala sewa je hotel bajet. 
- pilih lokasi yang banyak kemudahan dan sibuk
Senang nak bergerak berbanding duduk nun terceruk.
- Sewa dan tempah lebih awal untuk harga istimewa
- baca review mereka yang pernah stay di hotel tu
- boleh juga lawati website macam tripadvisor, hotels.com, agoda untuk check rate bilik tu

3. MAKANAN
 Sila bawa makanan segera. Bawa dari rumah okay. Tapi jangan la bawa beras plak. Bawalah macam maggi, bubur segera, roti, 3 in 1, nestum, oat segera. 

Semua ni sangat membantu anda berjimat. Sebab selalunya kawasan perlancongan ni harga makanan akan jadi berganda2 tau. Contoh pernah aor mineral biasa rm1.50 di Johor Bahru, di kawasan pulau peranginan jadi rm5. Terkejutttt makcik tau.

Tapi jangan lupa sediakan la bajet khas untuk makan juga. Makan makanan yang tiada dijual di tempat kita. Cuba makanan tradisi diorang dan speciality diorang. Baru syokkk kan

4. INITIARI PROGRAM

Inipun penting. Rancang perjalanan lebih awal. List out siap - siap senarai tempat menarik dan cara pergi. Survey harga tiket masuk, kos tersembunyi. Penting sebab dapat jimatkan masa dan elak percutian jadi berterabur. 

So Tak perlulah nak bayar sewa tour guide tu kan. 
Dah dapat jimat.

Tak tau cara buat initiary? Survey je pakej perlancongan yang tour group selalu buat. Dari situ kita boleh susun dah. Encik google kan ada.

Taip je pakej percutian ke.....


4 tip je dulu untuk entry kali ni. Harap membantu ye. Daaaa ~~~

Anies Joe
Kaki Jalan
😍😍😍

No comments:

Post a Comment

Tekanan

Pagi semua. Hai, arini mood swing sikit. Bebel lain dari selalu boleh tak? Pagi pagi lagi keknis dah stress tau. Tekanan sebenarnya kerja ...